Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya dapati zakar saya sukar mengeras walaupun baru bangun tidur sejak dua tiga hari ini . Adakah ini tanda mati pujuk ? Dan bagaimana cara untuk mengatasinya?

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 24, 2021 4:10 PM

Sulit 4 bulan

Saya dapati zakar saya sukar mengeras walaupun baru bangun tidur sejak dua tiga hari ini . Adakah ini tanda mati pujuk ? Dan bagaimana cara untuk mengatasinya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 4 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, berdasarkan definisi, mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.

Masalah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah.

Antara faktor-faktor yang boleh diubah:

  • Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Berat badan berlebihan
  • Merokok
  • Penggunaan dadah terlarang
  • Aktiviti seksual tidak sihat
  • Masalah kesihatan mental

Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya;

  • Umur yang meningkat
  • Trauma kepada alat kelamin
  • Penyakit genetik
  • Penyakit saraf

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Untuk mengetahui punca serta rawatan kepada masalah yang anda hadapi dengan tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Dikemaskini pada: Mon May 24 2021 16:10:39 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang mati pucuk secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19