
Sulit
3 tahun
Saya haid tidak teratur kerana melebihi 38 hari dan seblum seblumnya
Saya haid bulan 1/8 selepas itu haid pada september 7/9.saya kira kitaran haid melebihi 35 hari normal
Kerana sebelum sebelum ni haid saya tidak teratur kadang kala awal,pertengahan atau hujung bulan. Pada bulan lepas saya membuat hubungan intim tiada pengaman dan membuang sperma di luar.pada bulan ini belum datang haid,
Adakah haid tidak teratur atau bole hamil.Pada awal bulan ini saya ada berak berdarah yang teruk dan sudah berak yang biasa.selepas itu minggu lepas saya rasa sakit seperti segugut yang sangat kuat pada bahagian perut dan bawah bahagian perut terjadi kadang kala di pagi hari atau sebelum tidur dan menganggu tidur saya dan kadang kala terasa segugut di bahagian vagina saya.bole jelaskan apa punca kesihatan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mempunyai sejarah haid tidak teratur dan ingin mengetahui jika haid terlewat anda pada bulan ini disebabkan oleh kehamilan ataupun disebabkan masalah haid tidak teratur anda. Selain itu, anda juga merasakan kesakitan seperti sengugut pada bahagian perut bawah. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, punca haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pencelaruan hormon dalam badan. Ini boleh disebabkan oleh stres, masalah berat badan, masalah tiroid, penggunaan perancangan keluarga ataupun masalah pada sistem reproduktif seperti PCOS. Memandangkan anda mempunyai sejarah haid yang tidak teratur, kami tidak dapat memberikan kepastian mengenai punca masalah haid anda.
Mengenai kesakitan seperti sengugut yang anda rasakan, ia boleh disebabkan oleh sindrom pra-haid, endometriosis ataupun jangkitan pada sistem reproduktif dan penyakit radang pelvik. Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai punca masalah anda. Anda boleh menghubungi doktor pakar kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan