Sulit
4 tahun
Saya keliru sama ada kesan pregnant atau kesan ubat vaksin covid?
Saya berusia 26thn yelah divaksin pada 10/5,pada masa sama telah habis period 14/5,dan berhubungan intim dari habis period sehingga waktu subur saya 2minggu selepas period…pada 24/5 saya telah test kit didapati -ve,
Petanda yg saya rasa
1-sakit perut atau krem
2-sakit pinggang
3-sakit dirahim macam sengugut
4-senak ketika berintim
5-tangan,kaki ,jari kebas
6-pening kepala
7-rase macam mual tapi tak muntah
Ade kah simptom ni dari vaksin covid atau petanda saya hamil?saya merasakan sakit yg amat pada perut macam mengembang je perut…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami setelah seseorang menerima vaksin COVID-19:
- Lokal (di kawasan suntikan)
- Sakit atau ketidakselesaan
- Bengkak
- Kemerahan di tempat suntikan dan sekitarnya
- Sistemik:
- Demam
- Cirit birit
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Reaksi alahan:
- Kesukaran bernafas
- Nafas berbunyi
- Timbul ruam gatal
Kesan sampingan ini mungkin dialami atau mungkin tidak akan dialami oleh anda setelah menerima vaksin tersebut. Selepas mendapat suntikan, anda akan dipantau selama 30 hingga 40 minit untuk kesan sampingan. Walaupun begitu, sekiranya anda mengalami kesan sampingan di luar (terutama reaksi alahan), anda dikehendaki untuk pergi ke hospital berhampiran dengan segera untuk rawatan segera.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























