
Sulit
4 tahun
Saya mengalami cirit-birit dan muntah-muntah
Hi doktor! Saya nak bertanya baru-baru ini saya ada cirit-birit dan muntah muntah. Dan saya nak bertanya kenapa perut saya berasa begitu kejang macam gastrik dan saya hampir berfikiran itu adalah apendiks. Dan kenapa bila saya sendawa nafas saya berbau dan itu lah yang menyebabkan saya muntah muntah? Dan selepas pada itu kepala saya rasa sakit dan saya jadi tak bermaya. Rasa nak tidur je. Mohon doktor dapat menjawab. Trima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit. Dua punca yang paling utama adalah keracunan makanan (food poisoning) dan radang perut dan usus (gastroenteritis). Keracunan makanan biasanya hanya menyebabkan cirit-birit untuk satu atau dua hari sahaja dan biasanya orang yang mengalami keracunan makanan tidak akan mengalami demam. Keracunan makanan disebabkan oleh toxin atau bahan kotor di dalam makanan.
Sebab lain seperti radang perut dan usus atau gastroenteritis juga satu kemungkinan. Kondisi ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau parasit. Jangkitan ini berpunca dari makanan dan minuman yang tercemar serta persekitaran yang kurang bersih. Pesakit akan mengalami gejala seperti cirit-birit, demam, loya, sakit perut dan keletihan. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dihidrasi atau kekurangan air dan ia boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat dengan betul. Ini mungkin punca anda berasa lemah dan sakit kepala.
Terdapat pelbagai punca lain yang boleh menyebabkan cirit birit seperti demam denggi, demam tifoid dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah lebih serius dan boleh mendatangkan maut. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan membuat pemeriksaan dan ujian selanjutnya untuk mencari punca kepada gejala anda. Setelah doktor memastikan bahawa anda menghidap radang usus dan perut dan bukannya penyakit lain, doktor akan memberi nasihat serta rawatan terbaik untuk anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.