Sulit
3 tahun
Saya mengalami masalah ini hampir seminggu
Saya perempuan berumur 19 tahun. Baru2 ini saya mengalami masalah iaitu badan saya sering menggeletar dan apabila saya dengar bunyi pintu dihempas kadar saya menggeletar lebih kerap. Kepala saya sering pusing, perut akan rasa lapar, badan saya juga akan berpeluh sedangkan suasana ketika itu sejuk dan jantung saya sering berdegup.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat beberapa masalah yang boleh menyebabkan badan dan tangan menggigil seperti:
- Penyakit tiroid - seperti hipertiroid
- Penyakit kelebihan adrenalin - seperti Pheochromocytoma
- Masalah hati - juga boleh menyebabkan menggigil yang digelar “asterixis”
- Kurang gula - boleh terjadi pada pesakit diabetes jenis 1
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih