Sulit
3 tahun
Saya mengalami najis cair
Saya wanita berumur 42 tahun. Hampir sebulan lebih saya mengalami berak cair ni. Kadang² perut terasa sakit.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, najis cair ini adalah normal sekiranya gejala najis cair ini tidak melebihi 3 kali sehari.
Kalau gejala ini berlaku melebihi 3 kali sehari, anda mungkin mengalami cirit-birit akibat:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Anda hendaklah pergi mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat jika masalah ini dituruti dengan kondisi berikut:
- darah
- rasa pedih atau sakit
- demam
- rasa lemah badan
Buat masa sekarang anda digalakkan agar
- minum air secukupnya
- mengambil makanan yang kaya dengan serat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.