Sulit
3 tahun
Saya mengalami susah tidur lena.. saya juga ada anxiety.. masalah susah tidur ini sudah lama.. sejak saya ada anxiety.. sebelum ini saya dah boleh tidur tapi sekarang jadi balik susah tidur
Saya seorang ibu umur 20an… saya ada anxiety dan masih dalam rawatan… masalah saya adalah susah tidur malam… susah untuk lena dan kerap mimpi buruk… waktu tidur pulak terasa mengetap gigi dan smpai tergigit lidah… ada supplement or ubat yg boleh doc saran kan untuk saya? Yang sesuai untuk breastfeeding…thank you
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah tidur yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Stress dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selsema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Selain itu, sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan bertambah berat, anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapat kesimpulan yang sempurna. Hal ini kerana maklumat dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih