Sulit
3 tahun
Saya mula rasa sakit telinga dan terdapat kudis yang sukar untuk saya cabut dan tanggalkan
Sejak seminggu lalu, telinga kanan saya ada rasa berdenyut. Selepas itu saya mula menyentuh cuping telinga saya dan terdapat sesuatu yang keras seakan kudis. saya mula mengelupaskan ia menggunakan jarum. Ianya amat pedih pada cuping telinga tersebut. Selepas itu ada beberapa kudis yang telah tertanggal namun berdarah. Keesokan harinya, ia kembali menjadi kudis. Saya harap doktor boleh bantu sbb telinga kiri saya pula rasa berdenyut namun tiada kudis pada cuping telinga kiri saya. Macam mana nak rawat cuping telinga saya doktor ? Adakah ada ubat yang perlu saya beli ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sakit telinga memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman di telinga
- komplikasi dari trauma/luka telinga
- inflamasi kulit bahagian telinga
- dan lain-lain
Maka kami menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kembali agar rawatan susulan dapat di berikan. Namun buat sementara waktu, saya sarankan anda untuk:
- berhati-hati ketika mandi agar air tidak termasuk kedalam lubang telinga
- jangan cuba mengorek, menekan atau meletakkan sesuatu kekawasan telinga yang terluka
- jangan cuba membeli mana-mana ubat krim atau gel tanpa pengetahuan doktor
- sekiranya demam, segera berjumpa doktor
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.