
Sulit
3 tahun
Saya nak tahu saya ada masalah anxiety atau tidak
saya selalu ada perasaan berdebar dan gemuruh secara tiba2 setiap kali berjumpa org yg baru, melakukan sesuatu yg baru seorg diri dan menunggu giliran sesuatu perkara…sy juga pernah membayangkan sesuatu dari luar kebiasaan yang agak merbahayakan apabila sy sedang sedih atau marah…adakah sy mengalami anxiety? tapi kebiasaannya perasaan ini sy boleh kawal…cuma perasaan berdebar tu x dapat kawal cth mcm jantung degup laju bila sy nak berjumpa org, melakukan sesuatu dan menunggu giliran…sy tidak pernah memberitahu perkara ini pada sesiapa…tapi sy pernah memberitahu suami sy tentang perasaan debar dan gemuruh sy…dan sy fikir itu hanya perkara biasa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan mental anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mempunyai perasaan berdebar dan gemuruh secara tiba-tiba setiap kali berjumpa orang yang baru, melakukan sesuatu yang baru seorang diri dan menunggu giliran untuk sesuatu perkara. Anda juga pernah membayangkan sesuatu yang luar biasa dan merbahaya ketika sedang sedih atau marah. Saya faham anda berasa bimbang akan keadaan yang sedang dihadapi. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberi maklumat yang berkaitan.
Untuk pengetahuan, simptom-simptom seseorang yang sedang menghadapi masalah anxiety disorder adalah seperti dibawah:
- Berpeluh
- Menggigil
- Berdebar
- Sesak nafas
- Kurang tidur
- Lemah
- Mual
- Tidak boleh mengawal emosi
- Panik
- Sakit dada
Anda perlu berbincang dengan doktor untuk mengenal pasti simptom-simptom yang mungkin sedang dialami tetapi masih belum dikenal pasti, diagnosis dan rawatan yang tepat diperlukan untuk menangani masalah anda.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar psikatri kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.