
Sulit
4 tahun
Saya perempuan Sakit perut sebelah kanan bawah dan sakit itu pedih kejap datang sekejap pergi adakah bahaya?
Saya perempuan Sakit bawah perut belah kanan bawah sangat pedih dan sekejap datang dan lergi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sakit perut sebelah kanan bawah dapat disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- sakit otot
- senggugut
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- masalah batu karang
terdapat juga masalah sakit puan lain sepertii
- fibroid
- adenomyosis
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih