
Sulit
4 tahun
Saya pregnant atau tak?
Hari saya muntah² and terus decide pergi klinik dan doc terus scan preut saya dan ada nampak baby kecil Saya disahkan oleh doc bahawa saya sudah pregnant 4minggu tapi bila saya beli upt dekat farmasi and then saya try hanya 1line je. Saya confused mana yang betul mana yang salah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda dan kekeliruan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan sesuatu kehamilan. Tanda-tanda hamil terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda pasti hamil dan tidak pasti (tanda awal).
Antara tanda-tanda tidak pasti / gejala awal yang menunjukkan anda hamil adalah seperti berikut:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Dengan adanya tanda-tanda awal kehamilan seperti yang dinyatakan di atas yang mana ianya berbeza-beza mengikut individu, anda masih perlu berjumpa dengan doktor bagi memastikan kehamilan anda. Tanda-tanda yang menunjukkan suatu kehamilan yang pasti adalah dengan pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor di klinik atau hospital. Tanda-tanda pasti suatu kehamilan dapat disahkan melalui:
- Pemeriksaan USG - positif adanya janin, degup jantung janin
- Ujian kencing dan ujian darah -positif
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih