Sulit
3 tahun
Saya rasa ingin muntah
saya umur 20, sakit telinga dan telinga berair. Dr hanya bagi ubat tapi saya letak ubat cecair saya tak dengar. Saya makan ubat amoxicillin clavulanic acid sebagai antibiotik dan rasa nak muntah. kenapa ye
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat tengahari. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit telinga dan telinga berair. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada telinga
- kebocoran pada gegendang telinga
- nanah/abses
Sekiranya masalah muntah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan menukar antibiotik lain yang lebih sesuai.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda