
Sulit
4 tahun
Saya sejak dua ni kerap bersukan , mean setiap petang pergi jogging tapi lepas abis jogging bila nak mandi , kerap ada darah hitam yang keluar
saya pelajar . sehubungan dgn tu ,lately ni bila jog je mesti betis rasa sakit macam tisu nak koyak . tapi still okey lagi and then darah hitam mesti keluar , dia jenis berketul macam darah beku . selalu melekat dgn saya punya seluar dalam . darah ni keluar dari kemaluan saya . saya expect tu darah kotor yg tersimpan lama dalam badan and bila ada mula aktif bersukan dia nak keluar kan semua . tapi dlm masa yg sama saya juga risau akan kesihatan saya , merbahaya ke keadaan saya ni doktor.m?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, anda mungkin mengalami spotting di mana ia merupakan pendarahan minima dan hanya berlaku untuk tempoh yang sebentar di antara dua waktu haid. Namun begitu, lebih banyak maklumat diperlukan untuk mengenal pasti sama ada pendarahan tersebut adalah pendarahan disebabkan oleh haid ataupun spotting.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita boleh mengalami pendarahan spotting, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Kecederaan pada dinding vagina atau serviks
- Penggunaan perancangan keluarga yang boleh mengubah tahap kandungan hormon di dalam badan
- Penggunaan ubat cair darah
- Masalah sistem pembekuan darah
- Kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang pendarahan yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sebagai maklumat tambahan, kami sarankan anda merekodkan kitaran dan aliran haid anda di dalam diari ataupun aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.