
Sulit
5 tahun
Saya sepatutnya datang awal sebelum tarikh period saya yang lepas
hai doktor, saya berumur 19 tahun, saya telah melakukan hubungan terlarang dengan boyfriend saya, tetapi dia hanya menggunakan jari untuk melakukan itu dan hanya mengeluarkan spermanya dia badan saya contoh perut, haid saya masa bulan lepas ialah 20/11 tetapi selalunya haid saya akan datang sebelum 20 untuk bulan akan datang tetapi sehingga hari ini period saya tidak datang. saya ingin bertanya adakan kemungkinan saya hamil walaupun hanya menggunakan jari?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jari bukanlah organ pembiakan dan sepatutnya tidak boleh menghasilkan apa-apa sel pensenyawaan. Namun, kami tidak boleh mengulas lanjut berkenaan dengan keadaan anda sama ada hamil atau tidak.
Punca bagi haid datang lewat adalah seperti berikut:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.