
Sulit
3 tahun
Saya sering kali berkhayal sehingga bercakap sendiri dan beremosi ketika saya bersendirian tak kira tempat
saya wanita berumur 21 tahun. sebenarnya saya ada masalah suka berkhayal sehinggakan saya akan bercakap sendiri dan beremosi seolah2 saya ada mempunyai kehidupan lain. saya sedar yang saya sedang berkhayal. adakalanya saya berusaha untuk tidak berkhayal namun apabila saya buat sedemikian, saya akan mula rasa berdebar dan sesak nafas. saya jadi nervous dan tidak tentu arah. kadang kala saya punya khayalan berlanjutan sehingga berjam lamanya. boleh dikatakan saya start macam ni dah lebih 7 tahun. Boleh doktor bagi pandangan??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda berkhayal sehingga anda bercakap sendiri dan beremosi. Anda juga memaklumkan bahawa apabila anda cuba untuk berhenti berkhayal, anda akan mengalami gejala sesak nafas, jantung berdebar dan berasa tak tentu arah. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, khayalan bukanlah sesuatu perkara yang normal jika ia berlaku untuk jangka masa yang panjang. Kebiasaanya, khayalan sering dilihat pada kanak-kanak kecil dan biasanya ia adalah perkara yang normal. Namun, memandangkan anda mengalami gejala seperti nervous apabila cuba untuk berhenti berkhayal, kemungkinan masalah anda boleh berpunca daripada masalah kesihatan mental. Masalah seperti gangguan tekanan, kemurungan, keresahan (anxiety disorder), PTSD dan Schizophrenia sering dikaitkan dengan khayalan. Selain itu, ada juga kemungkinan yang anda berkhayal kerana anda berasa sunyi. Kami menasihatkan anda untuk menghubungi pakar psikiatri ataupun kaunselor untuk mendapatkan nasihat lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor pakar psikiatri kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi dan sulit.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Anda juga boleh melayari hotline di bawah untuk bantuan:
Malaysian Mental Health Association
Any mental health issue
Qualified mental health professionals
Language: English, Malay, Chinese
Hotline: 03-27806803
Mercy Malaysia
8am to 5pm everyday
Language: English, Malay, Tamil
Hotline: 03-29359935
BEFRIENDERS
Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight)
E-Mail: sam@befrienders.org.my
Website: https://www.befrienders.org.my/
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.