Sulit

4 tahun

Saya tak tahu apa masalah saya

sy berusia 24thn.sy mmpunyai trauma abuse waktu usia 13thn smpailah skrg trauma masih x hilang walau sy cuba lupakan.jika ada sesuatu yg menganggu fikiran atau trigger sy mengenai sesuatu sy akan cuba melukakan fizikal sy walau dgn benda tumpul termasuk lah menghantuk kepala didinding atau memukul2 kepala sy smpai sy penat dan tertidur. sy juga mengalami perubahan mood yg dratis sedih 2,3mnggu tnpa sbb dan akn okey tp xlama dan sebab ini keluarga membenci sy . dan sy pernah terlalu gembira sehingga mampu buat kerja berhari2 dan x tido tp 2x setahun saje. sy juga selalu panic yg berhari2 walau mende tu dh berlalu . jika sy terlalu sedih akan sesuatu sy akan jadi diri lain dan itu akan secara tiba2… apakah penyakit sy ? perlu ke sy dapatkan rawatan kerana ia sgt menganggu persekitaran sy .

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang bermain di minda anda. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:

  • Gangguan emosi atau tekanan hidup
  • Post traumatic stress disorder (PTSD)
  • Anxiety ataupun masalah kegelisahan atau bimbang
  • Penyakit bipolar
  • Kemurungan atau depression
  • Masalah personaliti

Walaupun begitu, ini hanya pandangan kami secara am dan kami tidak dibenarkan untuk mendiagnos anda. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya anda dirawat mengikut diagnosis anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan ahli psikologi ataupun doktor pakar psikiatri untuk pemeriksaan lanjut.

Pada pendapat dari pihak kami, terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda untuk menghadapai gangguan emosi yang anda tengah hadapi iaitu:

  • Hadiri sesi kaunseling mengenai masalah ini dengan pakar psikologi atau pakar psikatri.
  • Kerapkan berhubung dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang anda percaya melalui talian dan luahkan perasaan anda bagi mengurangkan perasaan beban.
  • Kelilingi diri dengan rakan-rakan serta kenalan yang memahami dan yang memberi sokongan terhadap anda.
  • Amalkan senaman yang seimbang. Jika anda mempunyai halangan untuk keluar, anda boleh lakukan senaman dalam rumah untuk meningkatkan keyakinan diri.
  • Timbulkan hobi atau minat yang baru yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada gangguan emosi yang dihadapi ketika ini.
  • Mengelakkan tayangan media yang boleh mencenderungi ke arah depressi dan gangguan emosi serta kesihatan mental.
  • Tontonilah tayang video yang bermotivasi dan memberi semangat serta keyakinan kepada anda dalam segala kegelisahan yang berlaku ketika ini.
  • Pastikan anda mendapatkan tidur dan rehat secukupnya.

Jika anda mempunyai kecenderungan untuk menyakiti diri ataupun membunuh diri, anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) dan doktor kami akan membantu anda secara peribadi di atas talian. Terima kasih.

AdobeStock_91333348

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)