
opposimsg6
5 tahun
Sekeliling lidah terasa sakit sewaktu makan tertutama makanan pedas dan panas, namun di bahagian tengah lidah adalah normal
Saya wanita berusia 21 tahun, saya mengalami gejala ni sehari selepas makan makanan pedas ramen namun hanya seurat. Selepas 3 hari saya mengesyaki tonsil tumbuh di tekak saya. Adakah penyakit lidah ini termasuk dalam gejalan tonsil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit lidah yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Luka pada lidah
- Alahan lidah - pada ramen atau makanan pedas
- Radang lidah - akibat jangkitan kuman atau kekurangan nutrien seperti vitamin B
Manakala berkaitan dengan gejala yang terdapat pada tekak anda, ia boleh disebabkan:
- Radang tonsil - akibat jangkitan kuman, kecederaan
- Luka pada tekak
- Radang saluran tekak - akibat jangkitan kuman seperti kandidiasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.