Sulit
3 tahun
Seks di dubur ketika buasir
saya wanitaa berumur 25 tahun . saya mempunyai buasir ketika berusia 23 tahun sebelum berkahwin .sekarang sayaa adaa masalah ketukan buasir dan ingin bertanyakan kepada doktor, bolehkah melakukan seks di dubur ketika saya adaa ketulan buasir tersebut? adakah ianya akan memberikan kesan yg lebih teruk ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk mengelakkan daripada melakukan seks dubur kerana ia boleh menyebabkan buasir atau hemorrhoid ini menjadi lebih teruk. Selain itu, melakukan seks dubur ketika mempunyai buasir juga boleh menyebabkan aktiviti seks tersebut tidak selesa dan menyakitkan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.