
Sulit
4 tahun
Selalu jatuh sakit dgn sllu mngalami sakit kepala
Sy wanita brumr 21thun…stiap buln sy akn sakit…n sllu kne p klinik untuk dptkn ubat…knp sy sllu jth sakit?bdn sy lemah ke doktr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, maklumat yang diberikan adalah terlalu umum dan maklumat lanjut mengenai masalah yang dialami oleh anda adalah diperlukan. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Migrain
- Stres
- Masalah psikologi
- Tekanan darah tinggi atau rendah
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Anemia (kurang darah merah)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.