
Sulit
4 tahun
Selalu meneran kerana sembelit dan check kedudukan rahim
Hi doc saya nak tanya, saya belum berkahwin, tetapi selalu meneran semasa buang air besar kerana sembelit yg teruk, adakah peranakan kita boleh jatuh? Dan macam mana kah hendak check kedudukan rahim dengan betul hanya buat dirumah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, jatuh organ peranakan adalah disebabkan oleh lemahnya otot serta ligamen yang mengelilingi organ rahim pada pelvik wanita. Masalah ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti usia yang tua, kehamilan, persalinan, perubahan hormon selepas menopause, batuk yang terlalu kuat dan meneran yang kuat.
Anda boleh mengenalpasti masalah ini jika anda mempunyai gejala tertentu. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai gejala bagi jatuh organ peranakan, seperti:
- sensasi berat dan tekanan pada faraj
- benjolan atau tonjolan yang berbeza di dalam faraj
- benjolan yang menonjol keluar dari faraj
Mengenai masalah sembelit anda, ia perlu ditangani dengan segera bagi mencegah kemudaratan kepada kesihatan anda. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih