
Sulit
3 tahun
Selalu rasa gementar,resah apabila berhadapan dengan orang ramai
Doktor saya selalu rasa denyutan jantung saya laju apabila berhadapan ramai orang terutamanya apabila public speaking di sekolah dan selalu rasa nak muntah dan tangan saya kerap berpeluh… kadang-kadang selalu overthinking takut tersalah cakap.macamana ya nak elakkan masalah ini doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti stress, kegelisahan, fobia, kecelaruan panik dan lain. Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.