Sulit
6 tahun
Selalu sakit perut sebelah kiri
Saya wanita berumur 21 tahun…saya selalu mengalami sakit perut sebelah kiri…selepas saya buang air besar ,saya Akan berasa sangat lemah…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut sebelah kiri yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Sembelit
- Radang apendiks
- Radang usus - akibat penyakit radang usus atau jangkitan kuman
- Radang tiub Fallopian/ovari
- Batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























