
zailanrgklaman
5 tahun
Selamat petang,says selalu kerap kencing.dalam 15 minit says selalu kencing,apa sebab ye?macam Mana nk hilangkannya ye?
Saya lelaki berumur 30 tahun

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Namun, kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai masalah antaranya ialah
- psychogenic polydipsia
- diabetes insipidus
- komplikasi kencing manis
- masalah pada pundi kencing (neurogenic bladder)
- jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI)
- masalah pada kelenjar prostat
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih