Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Selepas keguguran adakah Kita boleh hamil walaupun tanpa melakukan hubungan seksual dengan pasangan

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 8, 2021 10:21 AM

Sulit 30 hari

Saya gugur tarikh 8/3 sekarang masih belum period? Adakah saya mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 30 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keguguran. Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah kepada anda atas keguguran yang berlaku.

Berdasarkan maklumat yang anda berikan, tidak mungkin berlaku kehamilan tanpa hubungan seksual selepas keguguran. Haid anda mungkin lewat akibat perubahan hormon kehamilan sebelum ini.

Pastikan persoalan anda tentang keguguran terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila jangan bertangguh untuk berjumpa Doktor di hospital atau klinik:

  • Pendarahan yang banyak dan berterusan (darah di seluruh kain sarung atau berdarah memenuhi satu pada setiap dua jam)
  • Sakit yang luar biasa
  • Demam
  • Pening kepala berterusan
  • Pucat

Sekiranya anda masih ragu ragu tentang keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor yang merawat. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Apr 08 2021 10:21:51 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19