
Sulit
3 tahun
Selepas operculoctomy berapa banyak hari diperlukan selepas pembedahan untuk makan seperti normal dan pedas?
Saya nak tanya, selepas berapa hari yang sesuai untuk saya makan makanan pejal (nasi) selepas pembedahan operculoctomy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, anda ingin mengetahui bila anda boleh makan secara normal setelah melakukan pembedahan operculoctomy. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya, individu yang telah melalui pembedahan operculoctomy dianjurkan untuk makan secara normal setelah 5-7 hari dari tarikh pembedahan. Sementara itu, mereka digalakkan untuk makan makanan yang lembut dan yang tidak perlu dikunyah dengan banyak.
Sekiranya anda masih tidak jelas atau yakin, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.