Sulit
3 tahun
Sembelit dan 4hari baru dapat buang air besar namun tidak lancar,berikutan dengan itu pening kepala kerana susah membuang air besar
Saya wanita berumur 37tahun…masalah kesihatan selama ini juga adalah sukar untuk membuang air besar…4hari baru terasa ingin ke tandas namun tidak lancar…apa kesan yang baik untuk melancarkan buang air besar?.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sembelit yang anda hadapi.
Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sihat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Hindari sembelit dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul .
Perkara utama dalam merawat sembelit adalah dengan memastikan anda memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
- Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
- Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
- Anda dalam kesakitan.
- Anda mendapati najis anda berdarah.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sembelit hari ini.