
Sulit
4 tahun
Senaman untuk awal kehamilan
Salam sejahtera doktor. Saya baru mendapati yang saya sedang hamil 4 minggu (Hri prtama period terakhir :23/6/2020). Saya seorang yang mengamalkan diet intermitten fasting dan eat clean dan sering melakukan senaman squat dan lunges (setiap hari,pagi dan petang) untuk mnurunkan berat badan. Disini saya mahu bertanya bolehkah saya meneruskan diet dan aktiviti senaman tersebut pada awal kehamilan ini? bahaya tak untuk kandungan saya? Adakah sebarang senaman dan diet yang sesuai untuk awal kehamilan. Ini kerana saya berniat untuk mengawal berat badan saya supaya ianya bersesuaian dgn tumbesaran bayi tidak naik mendadak seperti anak pertama saya.

4 tahun
Terima kasih kerana mengajukan soalan berikut
Pertama sekali, tahniah diucapakan kerana anda bakal menimang cahaya mata. Ada dua persoalan tunjang yang anda ajukan berkenaan dengan kehamilan iaitu diet dan juga senaman. Senaman amatlah digalakkan untuk semua orang termasuklah ibu mengandung. Senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berenang, senaman akrobatik yang berimpak rendah, berjalan, berbasikal setempat dan segala aktiviti yang tidak melibatkan aksi yang merbahaya. Namun begitu, anda hendaklah mengetahui status kandungan kerana ibu mengandung yang mengalami masalah berikut tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti senaman. Contohnya:
- Pendarahan
- Serviks lemah
- Masalah anemia
- Masalah jantung serta paru-paru
- Plasenta berada di bawah rahim
Bagi menjawab persoalan kedua pula iaitu berkenaan dengan diet, pengambilan makakan seimbang amatlah digalakkan seperti mineral, protein, vitamin dan sebagainya
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.