
Sulit
4 tahun
Sengal peha / salah tidur
Hi, Dr. Saya wanita berumur 32 tahun. Bila bangun tidur pagi tadi, tiba-tiba saja pangkal peha kiri saya terasa sakit/sengal. Saya ada cuba urut dengan minyak panas dan buat regangan ringan, tapi masih sakit juga. Apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kami sukar untuk mengulas lanjut berkenaan dengan aduan kesihatan anda kerana frasa sengal merupakan terma yang sangat subjektif. Selain itu, kami perlu untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan dengan ciri sakit dan sebagainya.
Secara amnya masalah ini boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya:
- Kecederaan otot
- Masalah saraf
- Radang sendi
- Kecederaan sendi
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- posisi tidur yang salah
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
Berdasarkan keterangan anda, saya menasihati anda untuk memperbetul posisi tidur anda dengan meletakkan kaki anda pada posisi yang selesa semasa hendak tidur. Anda boleh menggunakan bantal untuk keselesaan. Jika ianya masih tidak membantu, saya mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang lebih tepat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.