Sulit
2 tahun
Sengugut selepas heavy period
kali pertama alami senggugut selepas period , darah sudah habis tp still sakit pinggang and bahagian ovari . sudah hari ketiga still sakit teruk . sebelum period ada ambik 2x plan b . in one month . adakah plan b menjadi punca ?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda tentang senggugut yang berlaku dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala senggugut boleh berlaku di kalangan wanita yang masih subur. Senggugut boleh berlaku disebabkan peningkatan prostaglandin dalam tubuh badan wanita yang sering berlaku di sekitar tempoh kitaran haid.
Namun gejala senggugut yang dialami juga boleh berlaku akibat perkara yang serius seperti:
- Endometriosis
- Cyst ovari
- Ketumbuhan rahim
- Penyakit radang pelvis
- IUCD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim
- Adenomyosis
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih