Sulit
6 tahun
Sentuh mask sentuh hidung akan terjangkit corona virus?
saya wanita umur 34,kidneytransplantsince2008.pernah pergi hospital selama 5jam masa tu banyak orang batuk I ada pakai mask tapi lepas pulang I lupa mask I simpan di lantai lepas tu tidur…hari kedua I ambil keluar mask I simpan di plastic n95 tu I ada sentuh mask luar lepas tu tersentuh hidung I…I pernah hisap mask I sbb I tak tahu mana satu I pernah pakai…ini akan terjadi jangkit conora virus?sbb I ada gastirc acid,sakit perut,batuk kahak,sakit kepala,sakit dada…perlukah I pergi test virus ni?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi kerana anda mempunyai masalah kesihatan kronik dan mempunyai gejala seperti batuk berkahak dan sakit dada. Untuk makluman anda, jika anda menyentuh topeng muka dan menyentuh hidung terdapat risiko jangkitan jika topeng muka anda terkena cecair daripada pesakit yang positif COVID19. Oleh itu,Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































