Sulit
2 tahun
Seorang pelajar perempuan berumur 20 tahun mata kanan bengkak sebab makan ubat batuk syrup cepat mengantuk
Saya pelajar perempun berumur 20 tahun. Setiap kali saya makan ubat batuk syrup yang mengantuk sebelum tidur, mata kanan saya mesti akan bengkak bila apabila saya bangun dari tidur keesokannya. Kenapa mata saya bengkak? Adakah sebab saya allergic? Atau sebab saya tidur lambat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda dan akan cuba menolong anda.
Untuk makluman anda, ubat batuk biasanya tidak akan menyebabkan mata membengkak, tetapi sekiranya anda mempunyai alahan terhadap ubat tersebut, ia boleh menyebabkan kebengkakan mata. Namun, kami tidak dapat memberi kepastian tanpa maklumat serta ujian tambahan.
Punca kebengkakan mata anda boleh juga berpunca daripada masalah lain seperti :
- Kekurangan tidur
- Gigitan serangga
- Stye (Ketumbit)
- Jangkitan pada kelopak mata
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda supaya rawatan yang tepat dapat diberikan.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.