Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sering melayang ketika berjalan lama. Ketika memandu

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 4, 2020 2:52 AM

Sulit 8 bulan

Salam sejahtera doc… Saya sering terasa melayang ketika berdiri lama dan berjalan… Dah dekat semingu saya merasa mcm tu… Boleh doc terang kan x kenapa terjadi mcm ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 8 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah untuk memberi tumpuan pada persekitaran anda ketika berdiri lama atau berjalan. Untuk makluman anda, masalah konsentrasi adalah satu simptom yang agak umum dan terdapat pelbagai penyakit yang boleh menyebabkannya. Oleh itu, kami perlukan informasi lebih untuk memberi anda jawapan yang tepat mengenai masalah kesihatan yang anda lalui.

Masalah konsentrasi ini selalunya disebabkan oleh penyakit yang kronik. Namun, ia selalunya akan datang dengan simptom-simptom lain seperti hilang kesedaran, pening kepala, sakit sendi dan sebagainya.

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Secara umumnya, terdapat beberapa sebab masalah tumpuan pada persekitaran seperti:

  • Pengambilan minuman alkohol yang banyak
  • Masalah tidur atau insomnia
  • Terlalu letih dan stress
  • Penyakit otak seperti dementia
  • Kecederaan pada kepala
  • Masalah mental seperti ADHD (Attention deficit hyperactivity disorder)
  • Sindrom Cushing
  • Masalah tiroid

Penjelasan di atas hanyalah penjelasan yang umum. Kami sarankan anda untuk mendapatkan rehat yang cukup, kurangkan stress anda, serta mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan senaman.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Sep 04 2020 02:52:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19