Sulit
2 tahun
Sering mengalami Sakit Belakang Bahagian Pinggang apabila bangun dari tidur
Saya lelaki berumur 24 tahun. Saya sering mengalami sakit belakang bahagian pinggang semasa hendak baring tidur. Teramat sakit, sehingga nak bangun pun masih sakit, bergerak sedikit pun sakit. Duduk, berdiri pun sakit. Boleh dikatakan macam otot kejang. Adakah ini serius ? Selain memakan ubat tahan sakit dan sapu krim, ada alternatif lain ?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah pada otot (keradangan, kekejangan dan sebagainya)
- Masalah pada struktur tulang (retak, patah dan sebagainya)
- Batu pada buah pinggang atau saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.