
Sulit
4 tahun
Sering rasa lapar / rasa nak muntah
Hi doc , saya seorang wanita berumur 20 tahun. Semenjak ni, saya sering terjaga tengah malam kerana berasa lapar dan tidak boleh tidur selagi perut tidak diisi walaupun saya sudah makan malam. Jadi saya terpaksa bangun juga untuk makan biskut atau roti sebagai isi perut kerana perut saya berasa tak selesa jika tak diisi. Tetapi masa makan saya berasa nak muntah dan takda selera pula dan badan asyik keluar angin. Kadang2 selepas 2 jam masa makan pagi, tengahari juga saya akan berasa lapar dan perut berasa tidak selesa minta diisi. Perkara ni sangat mengganggu tidur saya dr kerana bila terjaga sbb perut tak selesa saya langsung tak dapat tidur. Apa patut saya buat

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- perubahan hormon
- gejala psikologi
- gangguan saluran pencernaan
- atau kondisi tubuh lain yang memerlukan rawatan doktor
Justeru sementara menunggu rawatan lanjut dari doktor di klinik atau hospital, anda juga disarankan untuk
- mengamalkan gaya hidup sihat seperti
- melazimi eksesais atau bersenam
- memperolehi diet yang sihat
- mendapatkan tidur yang cukup
- meningkatkan pemakanan yang
- dapat memperpanjang tempoh kekenyangan (i.e. oatmeal, quinoa, telur, dll.)
- tinggi kandungan serat. potasium dan vitamin
- diringi dengan jadual diet dan minuman secara teratur
- menghindari pemakanan yang
- memicu rasa mual atau muntah
- tinggi nilai atau kadar asid
- sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.