
Sulit
4 tahun
Sering teringat masa lalu yang pahit dan berfikiran negatif
Saya wanita umur 22 tahun. 2 tahun lepas saya mendapat gangguan seksual di university, selapas kejadian tu saya dihantui, sering terbayang dan sering brmimpi kejadian tersebut. Selepas beberapa bulan ia hilang, tetapi sekarang ia bayangan tu muncul dan pemikiran saya semakin teruk. Saya asyik berfikiran yang negatif dan ia buat saya rasa takut, murung, stress, ingin menangis dan kadang kala saya rasa mahu mengamuk. Fikiran dan bayangan tu datang apabila saya rasa sunyi. Kadang saya rasa takut apabila melihat ramai orang terutama lelaki, saya rasa sangat takut dan gementar. Apakah yang perlu saya buat? Adakah masalah kesihatan saya ni teruk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.