
Sulit
4 tahun
Serning sakit kepala dan selalu cepat penat bila buat sesuatu kerja
hai doktor,saya cuma tertanya-tanya sahaja,kenapa saya selalu sakit kepala…adakah sebab saya banyak habiskan masa dengan gajet?,saya selalu sakit kepala bahagian belakang kepala…rasa berdenyut-denyut…dan selalu terjadi 2 kali seminggu,rasa mual sedikit dan sering tidak bertenaga,saya juga selalu tak boleh fokus dalam sesutu perkara melebihi 30 minit,sebagai contoh…apabila saya ada kelas online di rumah,saya tak boleh fokus dalam kelas,kerana pening
dan selalu mual, adakah puncanya kerana saya kurang bersenam?saya akui,saya memang kurang bersenam.atau ada masalah lain?..terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah seperti yang disebutkan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Migrain
- Eye strain; keadaan ini dapat menyumbang kepada gejala sakit kepala selain daripada sakit mata
- Anemia atau kurang darah merah
- Tekanan atau stres disebabkan oleh pelbagai faktor
- Tekanan darah tinggi
- Kurang gula atau hipoglisemia
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai keadaan anda. Anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan bersama doktor kerana anda menyatakan ia mengganggu aktiviti harian anda supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan akan diberikan sekiranya perlu.
Selain daripada aktiviti harian terganggu, sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Sakit mata atau gangguan penglihatan
- Leher yang tegang atau keras
- Pengsan atau pitam
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami. Terima kasih.