
Sulit
4 tahun
Sesak nafas, ketakutan, mata berpinar-pinar
Saya lelaki berumur 30 tahun. Berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya rasa penyakit ini datang sekitar dua bulan lepas iaitu Anxiety. Segala simtom anxiety saya mula dirasai sejak terkena gastrik. Bantu saya doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu saya kurang pasti dengan soalan yang anda ingin ajukan kepada kami. Jika anda mengalami masalah anxiety, saya sarankan anda untuk pergi ke klinik berdekatan dan mendapatkan rawatan ataupun meminta surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar.
Jika anxiety mengganggu aktiviti harian anda atau menyebabkan anda rasa murung, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan cara untuk mengatasi masalah ini.
Antara rawatan yang boleh dilakukan adalah:
- Ubat-ubatan seperti antidepressant
- Cognitive Behavioral Therapy, iaitu terapi untuk membantu anda mengatasi anxiety tanpa bergantung pada ubat
Tetapi sebelum memulakan rawatan, siasatan lebih lanjut perlu dilakukan oleh doktor pakar.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.