
Sulit
3 tahun
Sesak nafas sakit kepala gelisah..sempit dada
saya wanita umur 21 tahun.saya penhidap penyakit anxiety.saya selalu rasa tak semangat nak menangis sempit dada…kadang2 saya rasa tak nak melakukan apa2…saya penat dengan keadaan macam ni…hati rasa meronta ronta rasa hati menangis tanpa sebab…saya perlukan bantuan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan terangkan anda, gejala anda boleh disebab oleh penyakit anxiety ataupun masalah lain seperti kecelaruan personaliti, kemurungan, bipolar dan selainnya. Untuk mengetahui punca penyebab masalah rakan anda, anda perlulah merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Untuk makluman anda, anda juga boleh mencubakan beberapa cara berikut untuk menyenangkan emosi dan gelisahan anda, iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Selain itu, terdapat beberapa persatuan anda juga boleh hubungi:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.