Sulit
2 tahun
Sesak Nafas Selepas Vaksin ( AZ )
Dokter saya nak tanya…saya mengalami sesak nafas yg sederhana selepas kena vaksin ( AZ ) adakah ini saya salah satu simptom ? Ada cara untuk mengatasi ? sya vaksin masa tanggal 11/08/21…Boleh Beri Penjelasan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya gejala anda mengalami tersebut adalah sejak 11/08/21, ia bukan disebab oleh kesan sampingan vaksin Covid. Sesak nafas anda boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Kurang darah
- Penyakit pada sistem pernafasan
- Gangguan saluran darah
- Penyakit jantung iskemia
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini