
Sulit
4 tahun
Sikap yang boleh membahayakan
Saya seorang remaja berumur 16 thn.Saya mempunyai sejenis hobi yg pelik dimana saya suka mencederakan diri sendiri…Mencederakan tidaklah seperti toreh tgn dan sebagainya tapi seperti kopek kuku sehingga berdarah…kalau ada luka dan kudis,saya akan terus kopek sampai berdarah.Jika sakit sy akan berhenti tetapi kdg2 walaupun sakit sy masih tarik kulit sampai berdarah.Sy buat begini tidak kira masa.Dlm beg sekolah saya atau mana2 brg sy spt dompet mesti akan ada tisu dan pembalut luka kerana saya tahu saya akan mencederakan diri saya.Kdg2 tgh leka belajar,tangan saya akan mula mengopek kuku kaki,tangan sehingga berdarah…Pada saya,bila nampak darah itu sudah puas.Kawan-kawan saya pun sudah tau sy mcm ni…Sakit mmg sakit but semua tu sy tahan.kuku kaki dan tangan saya tidak pernah saya potong kerana sebelum ianya panjang saya sudah mengopeknya sehingga ada kesan atau berdarah.Ketika saya mengopek kuku kaki saya,kuku tangan atau kudis,saya sepenuhnya sedar akan apa yg saya lakukan.Saya pernah mencuba untuk berhenti tetapi tidak boleh malah makin teruk.Setiapkali saya buat pasti berdarah dgn bnyk.Saya pernah membuat ujian darah,dan doktor beritahu ada sedikit kuman dlaam darah.Jadi soalan saya disini
1.Adakah kuman dalam darah itu dtg kerana habit sy ini atau sbb lain?
2.Adakah habit sy ini normal?Jika tidak,apa kesan yg akan saya terima
3.Adakah saya ada penyakit psikitari?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tabiat mencederakan diri boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti:
- susah untuk memahami atau meluahkan perasaan sendiri
- tidak tahu cara untuk menangani masalah tekanan emosi secara sihat
- merasakan diri terpinggir, marah atau keliru
Kuman yang berada dalam darah anda, berkemungkinan besar datang daripada tabiat anda, kerana kuman tersebut boleh jangkiti anda melalui luka-luka anda sama ada daripada tangan anda ataupun luka yang terdedah pada kekotoran.
Habit ini adalah tidak normal dan boleh membawa kemudaratan kepada anda seperti:
- mendapat keyakinan rendah dan rasa bersalah
- jangkitan
- parut
- boleh menyebabkan kesihatan menjadi lebih lebih teruk jika mempunyai penyakit kronik
Untuk memberikan kesimpulan bahawa anda adalah penyakit psikiatri, beberapa maklumat dan pemeriksaan perlu dilakukan. Tabiat mencederakan diri boleh dikaitkan juga dengan:
- penyakit Bipolar
- kemurungan
- penyakit personalti
- obsessive-compulsive disorder (OCD)
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.