
Sulit
3 tahun
Simptom sakit nk period
Saya 42. Bekerja as financial consultant dan byk wfh sahaja skrg. Prob - pra haid selepas vaksin (time nak ovulation) — vertigo, sakit blkg, pening, senang panic attack
Telah jumpa pakar gynae pd 3/5 (2 hari sblm vaksin ke dua). Buat pap smear dan procedure camera masuk dlm. Normal dan no major finding. Sedikit inflammation shj and nothing to worry. Di bekal kan Yasmin. Tp sy makan sekali shj. Sbb nk vaksin 2nd dose (wpon doc ckp bole mkn - sbb dr bacaan journal ada yg kena blood clot) . So sy nk mkn balik pd 20hb aug 2021.
Di bekal kan Yasmin pill sebab melalui interview, sy nyatakan prob saya sblm vaksin - haid yg byk, sakit blkg, anxiety, letih/mengantuk, hot flash dan pelbagai jenis yg berbeza setiap bulan. Period selama 2 hari yg berat (byk pakai pad) dan suci selepas dlm 7 hari. Tujuan saya jumpa gynae sbb sy tak tahan nk harung hidup yg tak ketentuan setiap hari (ya sy ada apps check period cycle juga). Selepas vaksin pertama dan haid yg pertama selepas vaksin - lambat 5 hari wpon ada simptom, keluar period malu2. Sepatut period 23/6 tapi keluar pada 27/6. Permulaan yg amat sedikit mcm tersumbat selepas 3 hari ok tp sedikit.
Ok skrg perlu buat apa? Adakah sy pre menopause? Teruskan mkn Yasmin? Sbb next appt 2/11/2021

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, kajian semasa tidak mempunyai bukti yang kukuh mengenai pengambilan vaksin Covid-19 dengan perubahan kitaran haid. Simptom-simptom yang anda alami boleh berpunca daripada salah satu perkara berikut :
- Stres
- Berat badan yang berlebihan atau berkurangan
- Penggunaan pil perancang
- Masalah tiroid
- Menopause
- Ketumbuhan pada serviks atau rahim
Kami tidak dapat memberikan nasihat yang tepat untuk anda tanpa melihat sejarah peubatan anda yang lengkap serta pemeriksaan fizikal. Kami menyarankan anda untuk mengikut nasihat yang diberikan oleh doktor anda sehingga tarikh appointment. Sekiranya anda masih risau, anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi dengan doktor pakar sakit puan secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan