
Sulit
4 tahun
Sinar x ray boleh menyebabkan keguguran
Hai doc, pasangan saya akan dikenakan pemeriksaan xray pada gigi, oleh itu , xray pada gigi bole menyebabkan keguguran ke? Usia kandungan 2minggu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda kerana pasangan anda sedang hamil. Untuk pengetahuan anda, secara amnya sinaran X atau X-ray adalah tidak baik untuk janin. Walau bagaimanapun X-ray pada bahagian gigi tidak akan mendatangkan apa-apa masalah kerana sinaran radiasi adalah rendah dan tidak mendatangkan kesan kepada janin kerana radiasi tersebut tidak ditumpukan ke arah perut (menurut National Health Service of The United Kingdom).
Anda juga perlu berbincang dengan doktor dan isteri anda mengenai ujian radiologi ini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan prosedur tersebut.
Jika anda ingin mendapatkan maklumat melalui atas talian, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.