bibimarfizah22
4 tahun
Sistemic lupus erythematosus
saya wanita berusia 36thn, sdg dlm rawatan lupus. ingin mengandung lagi apakah ia selamat memandangkan lupus sdg remission?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda boleh mengandung memandangkan anda berada dalam remisi. Namun, anda perlu mendapatkan nasihat pakar kerana mereka boleh membuat keputusan tentang rawatan yang selamat untuk diberikan sewaku kehamilan disamping anda memerlukan pantauan daripada pihak hospital dengan ketat dan kerap bagi memastikan anda dan kandungan anda selamat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.