
Sulit
3 tahun
Slm saya mempunyai bayi yang berusia 2 minggu..setiap kali selepas menyusi bayi saya akan mumtah sehingga adakalnya keluar daripada hidung walaupun saya telah sendawakan selepas menyusu
Slm saya mempunyai bayi yang berusia 2 minggu…setiap kali selepas menyusi bayi saya akan mumtah sehingga adakalnya keluar daripada hidung walaupun saya telah sendawakan selepas menyusu.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Saya memahami bahawa bayi anda muntah setiap kali selepas menyusu. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam perkara ini.
Untuk makluman anda, gejala bayi muntah boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan pada usus
- Gastroesophageal reflux (GERD)
Namun gejala ini juga boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Meningitis
- Usus tersumbat
- Keradangan appendiks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor