
Sulit
4 tahun
Soalan Epidural ketika bersalin
Hi doktor. Saya nak tanya, kalau wanita bersalin mengambil epidural, adakah bahaya dlm jangka masa yg panjang? Ada mengadakan epidural boleh effect buah pinggang/ tulang belakang. Betul ke? Mohon clarification

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umumnya epidural adalah cara pembiusan yang boleh digunakan sebagai penahan sakit sewaktu kelahiran normal. Namun ianya lebih lazim digunakan pada beberapa jenis pembedahan atau rawatan penahan sakit bagi kondisi pesakit yang memerlukan
Terdapat tiga kategori penggunaan epidural pada wanita bersalin.
- Kategori pertama - Mereka yang amat digalakkan untuk mengambilnya kerana terdapat situasi seperti
- anak kembar
- bayi songsang
- faktor komorbid seperti obesiti, pre eklampsi, dl.
- Kategori kedua - Mereka boleh mengambil epidural kerana mempunyai faktor seperti
- persalinan yang lama
- persalinan secara caesaren
- persalinan yang melalui induksi
- dan lain-lain
- Kategori ketiga - Mereka yang mahu mengambilnya kerana mahu menghindari kesakitan persalinan
Untuk maklumat lanjut, sakit belakang selepas bersalin itu merupakan salah satu gejala yang lazim ditemukan dalam masyarakat, tambahan pula terdapat kajian yang menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tidak mengambil epidural dan ibu yang mendapat epidural.
Walau bagaimanapun, setiap hospital kemungkinan mempunyai kriteria dan indikasi rawatan yang sedikit berbeza berdasarkan polisi di hospital masing-masing. Selain itu, anda juga perlu berbincang dengan doktor kehamilan anda untuk mendapatkan penjelasan terhadap manfaat dan risiko yang lebih lanjut sesuai kondisi kesihatan anda saat ini tentang pengambilan epidural.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Obstetrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.