
Sulit
5 tahun
Stress dan kemurungan
Dimana saya boleh dapat ubat penenang? Dan berkesan ke ubat penenang untuk kurangkan stress?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit kemurungan atau depresi adalah masalah kesihatan yang serius dan perlu diberikan perhatian. Anda tidak perlu berasa malu dengan gejala anda kerana masalah psikiatri ini telah diberi kepentingan dalam dunia perubatan sekarang. Terdapat klinik psikiatri dalam setiap hospital, doktor-doktor akan memahami kesukaran anda dan memberi nasihat atau rawatan yang paling sesuai.
Kesulitan anda akan dijaga di hospital dan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut untuk mendapatkan rawatan yang paling tepat yang merangkumi rawatan psikoterapi dan rawatan ubatan. Anda boleh cuba klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat di mana-mana tempat yang anda rasa selesa. Privasi anda akan dijaga dengan teliti.