
Sulit
3 tahun
Stress hingga hampir mnyakiti anak
Saya ibu 2 anak , saya mula takut akan diri sndri. Saya tertekan hingga hampir menikam anak sendiri , mujur hati kecil saya masih waras . Saya takde yg besar, atau dengan pasangan tapi sy stress dgn anak2 . Saya nak jauhkan diri dari anak anak , mana tempat untuk saya tuju . Untuk kaunseling atau apa2 rawatan . Tolong bantu saya dan terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda gejala mencederakan diri sendiri atau orang lain merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan mental organik
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda disarankan untuk merujuk perkara ini ke klinik atau hospital dengan segera.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai masalah yang dialami dan supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.