Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Suami pesakit stroke

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Oktober 31, 2019 3:48 AM

Sulit 8 bulan

Doktor, suami saya adalah pesakit storke, dia kena stroke pada april 2019 akibat dari darah tinggi dan kolestrol. Berat badan dia ialah 150kg sebelum kena stroke.sekarang dia dah boleh jalan, tapi bukan cam biasa. Dia kerap complain yang dia x dapat fokus pada sesuatu dan bahagian kiri dia masih lemah. ada x apa apa cara yang boleh saya buat supaya dia boleh kembali cergas. dia mudah patah hati. tolong guide saya cara menjaga makanan dia, dan motivasi yang saya boleh berikan pada dia. adakah apa2 suplement boleh diberi untuk kuatkan tulang dah otak dia.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 8 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, stroke adalah sejenis kerosakan otak yang terjadi akibat terhentinya aliran darah dan oksigen ke otak akibat adanya sumbatan ataupun akibat adanya saluran darah yang pecah. Apabila seseorang itu terkena stroke di satu sisi otak, bahagian tubuh yang dikontrol oleh otak tersebut (seperti suami anda dikiri) akan terkena kesannya. Ini menyebabkan pesakit hilang keupayaan motorik iaitu kebolehan untuk menggerakkan semua bahagian tubuh di sisi tersebut.

Harus diingatkan bahawa proses penyembuhan stroke tidak mengambil masa yang sekejap. Tergantung kepada tahap keparahan kerosakan yang terjadi, perbaikannya mengambil masa bertahun-tahun, minimum setahun. Justeru, nasihat saya adalah agar puan dan suami mematuhi arahan pengubatan daripada pihak hospital dan doktor seperti memakan ubat, jaga tekanan darah dan kandungan kolesterol serta rutin menghadiri sesi rehabilitasi seperti fisoterapi, terapi pekerjaan, terapi percakapan dan sebagainya. Dalam usaha mempercepat penyembuhan, terdapat pusat kesihatan yang menyediakan terapi secara intensif selama beberapa minggu.

Merujuk kepada pemakanan, sebetulnya ia haruslah tergantung kepada banyak hal seperti riwayat penyakit, diagnosis, berat badan awal, pekerjaan dan sebagainya. Berdasarkan data yang anda berikan iaitu kolesterol tinggi dan darah tinggi, adalah digalakkan untuk mengelakkan makanan berlemak dan berminyak seperti gorengan serta mengamalkan diet rendah garam tanpa MSG. Bagi membantu perbaikan fungsi otak, adalah digalakkan untuk mendapatkan diet yang seimbang iaitu yang mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang dianjurkan. Justeru, anda digalakkan untuk merujuk ahli nutrisi bagi keterangan lanjut.

Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Oct 31 2019 03:48:19 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
jenny
Apa tanda - tanda strok sebenarnya? Doktor, saya risau sebab tangan saya lemah semacam je di sebelah kanan ni. Adakah ini strok? Kalau bukan, apa tanda - tanda strok sebenarnya? Saya risau sebab makcik pakcik saya ramai yang mati sebab … Baca lagi...
17 bulan
Sulit
Cara mengubati masalah pesakit stroke Assalammualaikum doktor…sye mempunyai seorang ibu yang menghidapi masalah stroke kecil…n sye rase antara faktor yg menyebabkan penyakit ni berlaku ialah disebabkan dlu ibu sye pernah terkena spa… Baca lagi...
4 bulan
amran
Macam mana nak cegah strok? Hai doktor, boleh bagitahu macam mana nak cegah strok? Saya berusia 40 tahun, saya dengar strok senang dapat bila umur meningkat. Ada tak apa-apa yang saya boleh lakukan? Baca lagi...
16 bulan
matdan
Bagaimana merawat ayah saya yang kena strok Salam, hai doktor. Bapa saya telah diserang strok dan lumpuh ketika ini. Boleh saya tahu bagaimana hendak merawat ayah saya? Adakah saya juga berisiko diserang strok? Baca lagi...
17 bulan
nurulsweethart
Stroke kebas kaki dan tangan hai dktr saya nak tanya suami sy pesakit stroke baru dalam 6 bulan…masalahnya kebas di tangan dan kaki terlalu kuat…ada pergi klnk berdekatan makan vitamin tapi masih kebas kuat sampai tak boleh tido … Baca lagi...
11 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi