
Sulit
3 tahun
Suami saya disahlan positif covid-19 bergejalah ringgan
Suami saya berumur 25 tahun. Pada 2/12/2021 suami saya telah disahkan positif covid-19 bergejalah ringgan.suami saya hanya mengalami batuk-batuk dan pening kepala sahaja dan beliau sedang menjalankan kuarintin sendiri di rumah kami.
Soalan saya adalah, Bolehkah suami saya makan ubat jenis Paracetamol 500mg sebagai ubat penahan sakit kepala dia ketika dia sedang positif covid-19 bergejalah ringgan?..
TERIMA KASIH DR…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Kembali kepada soalan anda, WHO telah memasukkan paracetamol dalam pakej penting penjagaan paliatif mereka untuk pencegahan dan melegakan kesakitan atau penderitaan fizikal lain yang berkaitan dengan COVID-19.
Saya juga menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini