Sulit
3 tahun
Suara tak kuat bila bercakap dan orang
Saya lelaki berumur 33 tahun…saya mengalami masalah suara sejak sekolah menengah lagi…adakah boleh dibaiki suara saya…semasa sekolah rendah saya normal. Bila saya bercakap dengan kawan atau family perlu ulang 2 kali…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah anda perlu diperiksa dengan lebih mendalam, sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini tanpa menilai masalah anda secara fizikal. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah suara, seperti:
- Merokok
- Alahan
- Rheumatoid arthritis (masalah pada sendi)
- Masalah pada kelenjar tiroid
- Refluks asid
- Keradangan larinks
- Masalah saraf
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah perlu diketahui. Oleh itu, maklumat dan pemeriksaan tambahan perlu dilakukan untuk mendapatkan kesimpulan dan rawatan yang sepatutnya.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.